Ilmu Niaga

Filed Under (Main) by raffie on 11-12-2010

Tagged Under : , , , , ,


Aku nak kongsi dgn kenkawan pasal niaga burger ni sebab bangsa kita paling ramai sekali ceburkan diri dlm bidang ni.jadi kat sini ada tips yang sangat berguna untuk memulakan perniagaan burger supaya kau tak berhenti separuh jalan.

Stall aku


Pertama kau kena cari tempat yang sesuai untuk kau niaga.kalau boleh tempat tu biar tak ada grup burger lain,takut menjejaskan pendapatan kawantu.lepas tu kau selidik pulak harga burger di area situ untuk kau buat perbandingan.cth:mat dekat sana jual katala Rm2.00 utk burger biasa.mat dekat bandar jual Rm1.90.kau tengok pulak harga burger di kek house.kalau ada mungkin harganya Rm2.50.kat sini kau bleh nampak kenapa bangsa asing tak minat jual burger.sebab dia rasa dia beli pun dah ada untung.siap mintak tambah mayo,sos lebih.keuntungan kita dah jadi ciput.sedangkan harga majerin makin naik,telur naik roti naik minyak naik.apa yang tinggal.harga Rm2.50 di kek house untuk burger ayam mini 750gram.cuba kaji berapa keuntungan bersih.cukup selesa nak tampung anak bini.sebab kalau setakat cukup makan baik tak payah niaga.kadang-kadang tu sampai tak balik modal.niaga apa namanya.itu belum masok kerugian sebab tinggalkan anak di rumah.yalah anak ni kalau mak bapak tak ada macam-macam hal diorang buat yang kadang-kadang tu boleh naik pening nak difikirkan,takut smpai dilarikan ke lombok sudah.ini semua kau kena kaji.bila kau dah tau harga burger di area situ aku cadangkan harga untuk kau punya burger Rm 2.30 atau Rm 2.40 untuk burger biasa gunakan daging 700gram.jadi muka kau tk akan kelat bila costumer minta sayur atau mayo atau sos lebih.costumer pun happy.esok datang lagi.malah kerja kau jadi ringan kerana kau bleh gajikan budak untuk bantu.sebab kadang-kadang tu costumer datang mcm pakat plak.saya pernah alami costumer keliling stall sampai 20 org.sorang nak 3.sorang nak 2 biasa 4 special.nak satu pun ramai, maka telur pakai cetak.kuali 2×2 kaki.stall panjang 5 kaki.apa jadi .rasa macam nak lari pun ada.bab telur kau jgn pakai yg gred C atau D.buat malu kaum.kau kena pakai gred AA.clas gitu.jadi dgn harga sebegini kau boleh beli telur 5atau 6 papan, basuh dulu buat pameran kat atas stall.ada setengah penjual tu beli telur 10 biji,habis beli lagi dan lagi.niaga apa namanya tu.jenis mcm ni baik jangan niaga sebab mencemarkan kerjaya tu sendiri.kita kena pro sebab kerja kita ni dah kira mcm cef kat hotel.dan costumer perlu bayar dgn harga yang di kenakan.burger ni makanan yang standard jadi kalau yang jual dah sama mcm apek punggut tin kat tong sampah baik ikut belakang apek tu je.penampilan kena ada style,cth kepala kena tutup samada topi,snow cap atau bandala.pakaian mesti kemas baju masuk dlm seluar,kasut mesti pakai dan semestinya bersih.kekadang mamat tu pakai selipar jamban.baru beli color biru la ni dah macam -macam color kita boleh tengok,bahagian tumit dah tinggal 2 hon.tapi bila burger tak laku pandai pula salahkan pesaing.kena santaula,tempat niaga kena tabur brgla.pesaing tanam tulang kokangla.ingat senang nak dpt tulang kokang,nak tengok pun kena pergi zoo.kalau boleh stall ukuran 8atau9 kaki.ini pun kecik kalau boleh kau angkat garaj kat rumah kau.tak payah buka tutup payung.lebih punya kerja.kuali kiri ada kanan pun ada sebab bila banyak kuali kiri panaskan roti kuali kanan masak daging dan telur.kerja jadi cepat costumer tak tunggu lama.sebab masa niaga biasanya kul 6ptg smpai kul 12 mlm.dlm 6jam tu la perlu collect seberapa maksimum yang boleh.anggaran Rm 400 kalau lebih itu kira bonus.buku catitan wajip ada untuk catit kuantiti dan jenis burger.takut duit short.siap ada haribulan.

Kertas kira-kira

Daily worksheet

cth : burger biasa 80 biji.special 50, double 40, double special 20, biasa prosperity 70 ,special prosperity 30,double special prosperity 5, benjo 10,daging saja 2keping,apek tadi beli.so kirala Rm 2.40×295=Rm 708.00.utk telur 0.70×105=rm73.50.prosperity 0.60×105=rm63.00.benjo rm 1.70×10=rm17.daging saja.
67xRm1.20=Rm80.40.
total=708+73.50+63+17+80.40=Rm941.90. pak cik kayo.modal anggaran Rm 500.00.baki Rm441.90. gaji budak kau bagi Rm 5 ke atau Rm10 ,nanti besok jawabnya kau kerjala sorang -sorang .tahi idong masin.bagi la Rm 30 atau Rm35,pas tu kau ganti kan selipar jamban budak tu dgn kasut jass ke.kasut boot pasar ke.agak-agak skt.budak kau rupanya,ingatkan budak burger hujung.itu kalau kau ada satu stall.kalau ada 5 sudah cukup.3tahun niaga kau pergi haji bawa bini atau mak bapak kau.lepas balik kau rancang pulak nak francaiskan kau punya burger ke sebelah daerah atau negeri.secara tak langsung kau dah jadi penjual,pembekal dan pembuat sos cilli dan lada hitam.kau juga jadi pembeli produk kau sendiri.perkara ni semua aku dah lalui.mak aku ckp aku ni jenis cepat boring dgn satu kerja.yalah tu.

Jadi kepada korang yang berminat nak niaga burger kau bleh call aku untuk aku turunkan ilmu yang aku ada,dari A sampai Z,temasuk cara buat sos cilli nenas,sos prosperity,rencah untuk daging.aku tak pakai kari mari ni.pasal bila kau guna bahan yang ada dipasaran,macamana costumer nak bezakan burger kau dgn pesaing.cth,kau beli burger kau pun tanya,’bang apa tu’kari’eh sedapke?’sedap ‘jenis apa ‘jenis ter’babas’. Kau pun beli kari tu untuk kau punya burger ,bila makan costumer ckp sama je rasa.harga dah la mahal.baik beli sana,murah.seolah-olah kau niaga ni hanya nak pecahkan costumer,kau dapat ciput yang hujung tu sebelum ni memang dah ciput bila kau ada lagila ciput.awal -awal kau tak rasa,nanti dah masuk sebulan dua.kau dah macam penat.kawan sebelah sana dah mula cari kerja siang pasal duit niaga tak cukup.kau baru ,jiwa kau kuat lagi,cukup 7,8 bulan kau pun ikut cari kerja siang.last-last sana tutup kau pun ikut terbabas.macamana tak tutup,kerja balik kul 6.30 ptg,badan dah letih nak gi niaga dah malas,gas rumah abis pergi stall pakai pulak gas burger.sudah!!!duit dah kering sebab mula nak niaga je dah habis RM1500.00.duit tu pulak pinjam dgn tokey pajak gadai. Pening ,pening .

Okeyla aku rasa dah cukup apa yang aku bagi tau kat korang.aku masa mula-mula nak dpt ilmu ni pun susah smpai kena gi gunung ledang tapi bukan di puncak kat bawah je.bukan gi betapa gi mandi air terjun la..keh..keh..keh.013-7138430.R-square(trade mark) ni.jumpa anda di puncak kejayaan.bagi yang main-main niaga kita jumpa di bawah gunug ledang kita mandi puas-puas.

Produk aku :

      sos cili nenas,kalau kau pernah rasa kat kedai kau jgn sama kan dgn sos aku sebab
      Diorang bukan jual burger,jadi tiun lari.mcm kita,kita tahu tiun sos untuk burger.
      sos lada hitam,yang ada kat kedai tak cukup pergi sebab kurang rencah mcm minum air cincau isi tak ade.sebab tu harganya murah.itu pun ada yang sakit nak beli sebab lupa nak plus harga untuk prosperity.salah sapa.
      rempah daging.yang kat kedai tu gunanya buat masak kari bukan tabur kat daging,sebab tu rasa dia sepesen je.satu malaysia sama aje rasa.tapi cuba kau cari kat kedai kalau ada yang macam aku buat.memang tak ada sebab diorang mana tau aku campur apa.kalau esok kau nak jual runcit, katakan kat luar sampul kan ada di tulis bahan-bahannya, pun susah nak tau sebab setiap bahan tak tulis beratnya,Cuma berat keseluruhan yang tercatit.aku dah catit kat kertas siap liminit, semua tu aku simpan dlm peti kat pulau gezambo.
      nak idea mcmana roti nak yang lembut.

berapa lembut pun kau nak aku boleh ajar.roti kau jangan kukus. Kita jual burger bukan jual jagung kukus.jual kuih apam ke dan yang sewaktu dgnnya,jadi buat apa menatang tu ada kat atas stall,kan dah sempit jadinya,dgn gas lagi untuk panaskan airnya .kos makin tinggi oi.kita niaga burger ni kalau blh biar smpai dpt buka restoran khas untuk westen food,barula tak goyang.sebab sikap orang kita ni kalau jiran niaga burger maju sikit je esok lusa kat depan rumah dia boleh ada satu stall cikai baru nak repair.nak niaga juga katanya,last sekali satu jalan tu ada sampai 3 hingga 4 stall terpacak baik punya.dah macam nak berlumba pulak sapa buka dulu,lepas 4 atau 5 bulan berlumba pulak sapa yang tutup(pencen)dulu.benda mcmni berlaku sampaila bila-bila.sebab tu saya puji otai burger,dgn ketabahan selama ni membuahkan hasil yang membanggakan anak melayu kita.dey,tambiii ingat senang ke nak uruskan sampai 300 stall satu mlm.sebab tu aku suruh kau sediakan buku catitan supaya setiap satu stall kau tau berapa dapat.daging catit,ayam catit roti catit takut short.bila kau dah guna teknik ni.nanti kalau dah maju 400 stall pun kau bleh uruskan.aku ada dengar orang kata mcm-mcm pasal otai ni.aku nak bagi nasihat sikit,kalau kau rasa kau lebih pandai dan hebat mcm kau ckp tu adalah lebih baik kau niaga sendiri sebab nanti kau lebih maju dari otai.betul tak.saya ni smpai satu tahap boleh kenal costumer ni nak apa.costumer tu nak apa.kadang-kadang tu nampak kelibat dia je kita terus letak daging atas kuali.costumer smpai burger pun siap.eh cepatnya.jadi ckp,kutuk pun tak guna.sendiri buat baru tau langit tinggi ke rendah.okey kenkawan kita jumpa di lain waktu ,asallammualaikum.

Hello world!

Filed Under (Uncategorized) by raffie on 11-12-2010

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Free Web Hosting